Pemasaran Alita: Battle Angel

Treler pertama dilancarkan pada 8 Disember 2017, dengan rancangan untuk lancarkan filem pada Julai 2018.[41] Reja filem tersebut menerima pelbagai jenis balas, dengan majoriti memberi komen terhadap rupa wirawati filem, Alita. Andrew Liptak dari The Verge mengatakan "[Alita] kelihatan seperti patung anime hidup, atau watak Disney yang lain macam bezanya. Ia mungkin sengaja, untuk mengingatkan penonton pada setiap saat yang Alita bukanlah manusia. Tetapi selepas bertahun-tahun penganimasi CGI cuba untuk mereka manusia yang kelihatan hampir nyata, ia masih menakjubkan betapa hampirnya seorang watak kelihatan sungguh nyata sungguhpun ia masih lagi amat jauh."[70] Adam Chitwood dari Collider terpikat dan berasa optimis, dengan mengata, "Benda ini kelihatan menakjubkan, dan sekarang jelas kenapa Cameron mahu hasilkan filem ini dahulu. Memutuskan untuk membuat watak janaan komputer kelihatan nyata sementara berinteraksi dengan watak manusia sebenar amat bercita-cita tinggi, dan saya boleh kata dengan yakin ini langsung tidak serupa dengan apa Robert Rodriguez pernah lakukan sebelum ini. Saya tidak tahu jika ia akan jadi bagus, tetap ia pasti akan sekurang-sekurangnya jadi menarik."[71]

Treler kedua ditayangkan di SDCC 2018 dan kemudian sampai ke internet pada 23 Julai 2018, dengan rancangan untuk lancarkan filem pada Disember 2018. Treler mengandungi sebuah lagu kitar semula Linkin Park berjudul "New Divide", dinyanyi oleh penggubah J2 bersama biduanita Avery.[72] Treler ketiga dilancarkan pada Novermber 2018, hampir setahun selepas treler pertama dilancarkan.[73]

Sebuah novel rasmi dilancarkan pada 20 November 2018, ditulis oleh pengarang fiksyen sains, Pat Cadigan. Dijudul Iron City, kisah novel tersebut menceritakan prequel tentang penduduk Iron City sebelum peristiwa yang berlaku dalam filem. Sebuah adaptasi dalam bentuk buku audio juga dilancarkan pada tarikh sama, dibacakan oleh Brian Nishii.

Pada Februari 2019, Twentieth Century Fox bekerjasama dengan Iam8bit untuk hasilkan "Passport to Iron City", sebuah reka semula filem tersebut untuk peminat-peminat terokai. "Passport to Iron City" ada di Bandaraya New York, Los Angeles, dan Austin.[74]

Rujukan

WikiPedia: Alita: Battle Angel http://www.aintitcool.com/node/55552 http://www.aintitcool.com/node/80380 http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/peopl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2000-06-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2001-01-08/ba... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-08-24/ch... http://collider.com/alita-battle-angel-movie-relea... http://collider.com/alita-battle-angel-trailer-rob... http://collider.com/battle-angel-alita-rosa-salaza... http://collider.com/battle-angel-james-cameron/